1. Wan Mohd Sani

NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
LAHIR: 24 Julai 1976
LAHIR: 24 Julai 1976
ASAL: Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd)
Seorang usahawan yang berjaya dalam bidang pengangkutan. Beliau berjaya dalam melakukan perniagaan bas ekspress. Pada usia yang muda beliau telah menjadi jutawan dengan perniagaannya yang mencecah jutaan ringgit. Ini terbukti kerana beliau memandu ferrari yang bernilai RM 1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta

2. Tan Sri Dato' Loh Boon Siew

NAMA : Loh Boon Siew
ASAL : Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu.
PENGASAS : Pengasas Boon Siew Honda
Berasal dari negara China dan berpindah ke Malaysia bersama ayahnya untuk mencari pendapatan. Melakukan pelbagai pekerjaan seperti mengutip najis, membasuh bas dan sebagainya. Setiap hasil pekerjaan beliau, akan disimpan sehinggalah beliau dapat membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Hasil perniagaan yang mendatangkan untung, beliau dapat melawat Jepun untuk makan angin. Di situ, beliau mendapat idea untuk memperkenalkan Honda di Malaysia walaupun pada mulanya mendapat banyak kritikan dan tohmahan daripada masyarakat. Kini, beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini.

3. Rozita Ibrahim
Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd
Puan Rozita ialah usahawan yang berjaya dalam perniagaan kosmetik. Seorang yang hidup susah pada mulanya dan pernah menoreh getah sebagai sumber rezeki. Semangat kecekalan dan keazaman yang tinggi beliau berjaya mengadakan perniagaan kosmetiknya sendiri iaitu Sendayu Tinggi. Anaknya juga mengikuti jejak beliau dan menjadi antara ahli perniagaan yang jutawan iaitu Dato Shukri dengan produk D'herbs.
4. Syed Mokhtar Al-Bukhari
NAMA : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
TAHUN LAHIR: 1951
Pendidikan: SPM
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah orang Ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia Tenggara. Seorang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai daya usaha yang tinggi yang membuatkan beliau menjadi seorang jutawan.Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau seorang usahwan yang mempunyai tanggungjwab sosial yang tinngi kerana menubuhkan Yayasan al-Bukhary.
No comments:
Post a Comment