Monday, 16 November 2015

3.0 Ciri-Ciri Usahawan

                                 

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, setiap usahawan perlu memupuk ciri-ciri demikian :-

1. Perlukan ilmu

==> Tanpa ilmu, sesuatu perniagaan tidak akan kekal lama dan mungkin mengalami kerugian. Ilmu yang dimaksudkan ialah seorang usahawan yang ingin menjalankan perniagaan hendaklah mengkaji dan menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan yang ingin dijalankan.



2. Berani mengambil risiko

==> Risiko adalah ibarat sahabat baik kepada usahawan. Setiap perniagaan yang dijalankan mempunyai risiko. Seorang usahawan mestilah mengkaji risiko yang bakal dihadapi dan cara untuk mengatasinya.

3.Tidak mudah berputus asa

==> Dalam kehidupan ada menang dan ada kalah begitu juga dengan perniagaan ada suatu masa untung dan ada suatu masa rugi. Jadi penting untuk seorang usahawan atau peniaga tidak mudah berputus asa ketika menemui kegagalan kerana gagal sekali tidak mungkin akan gagal selamanya.


4. Niat yang betul

==> Untuk melakukan setiap pekerjaan mestilah dengan niat.. begitu juga dengan perniagaan. Niat untuk memulakan perniagaan mestilah niat kerana untuk mencapai keredhaan Allah. Dengan niat yang betul, in shaa allah setiap perniagaan itu akan mendapat keberkatan dari Allah. Haram melakukan sesuatu perniagaan dengan niat untuk menzalimi orang lain.




                           

No comments:

Post a Comment