Monday, 16 November 2015

3.0 Ciri-Ciri Usahawan

                                 

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, setiap usahawan perlu memupuk ciri-ciri demikian :-

1. Perlukan ilmu

==> Tanpa ilmu, sesuatu perniagaan tidak akan kekal lama dan mungkin mengalami kerugian. Ilmu yang dimaksudkan ialah seorang usahawan yang ingin menjalankan perniagaan hendaklah mengkaji dan menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan yang ingin dijalankan.



2. Berani mengambil risiko

==> Risiko adalah ibarat sahabat baik kepada usahawan. Setiap perniagaan yang dijalankan mempunyai risiko. Seorang usahawan mestilah mengkaji risiko yang bakal dihadapi dan cara untuk mengatasinya.

3.Tidak mudah berputus asa

==> Dalam kehidupan ada menang dan ada kalah begitu juga dengan perniagaan ada suatu masa untung dan ada suatu masa rugi. Jadi penting untuk seorang usahawan atau peniaga tidak mudah berputus asa ketika menemui kegagalan kerana gagal sekali tidak mungkin akan gagal selamanya.


4. Niat yang betul

==> Untuk melakukan setiap pekerjaan mestilah dengan niat.. begitu juga dengan perniagaan. Niat untuk memulakan perniagaan mestilah niat kerana untuk mencapai keredhaan Allah. Dengan niat yang betul, in shaa allah setiap perniagaan itu akan mendapat keberkatan dari Allah. Haram melakukan sesuatu perniagaan dengan niat untuk menzalimi orang lain.




                           

Thursday, 29 October 2015

1.0 Sikap berniaga dalam islam






 3 Prinsip- prinsip Rasulullah dalam perniagaan ialah :-

1. Siddiq = Benar

==> Dalam melakukan perniagaan Rasulullah melarang untuk melakukan penipuan. Antara larangan yang disebut ialah :-

a) Mengurangkan timbangan
b) Tidak menepati janji
c) Menutup kecacatan dan kerosakan pada barang yang dijual

2. Amanah

==>  Rasulullah sangat amanah dalam perniagaan sehingga baginda digelar Al-Amin. Sikap amanah yang harus dicontohi oleh para ahli perniagaan ialah :-

a) Tidak memakan riba
b) Tidak melakukan kezaliman

3. Fathonah = Bijaksana

==> Para peniaga haruslah bijaksana dalam melakukan perniagaan. Contohnya seperti bijak dalam merancang, bijak dalam menghadapi risiko, bijak dalam mempromosikan barangan dan sebagainya untuk terus maju ke hadapan 


Jadi untuk menjadi peniaga dan usahawan yang berjaya, kita haruslah menjalankan perniagaan seiring dengan syariat islam supaya tidak lari dari landasan yang benar.

9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.

Thursday, 22 October 2015

2.0 Tokoh- tokoh usahawan berjaya

1.  Wan Mohd Sani


NAMA:  Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
LAHIR: 24 Julai 1976 
   ASAL:  Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

   PENDIDIKAN:  Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

   JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani                            Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd)





    
Seorang usahawan yang berjaya dalam bidang pengangkutan. Beliau berjaya dalam melakukan perniagaan bas ekspress. Pada usia yang muda beliau telah menjadi jutawan dengan perniagaannya yang mencecah jutaan ringgit. Ini terbukti kerana beliau memandu ferrari yang bernilai RM 1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta

Image result for wan mohd sani




2. Tan Sri Dato' Loh Boon Siew


                                

NAMA : Loh Boon Siew
ASAL : Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu.
PENGASAS : Pengasas Boon Siew Honda


Berasal dari negara China dan berpindah ke Malaysia bersama ayahnya untuk mencari pendapatan. Melakukan pelbagai pekerjaan seperti mengutip najis, membasuh bas dan sebagainya. Setiap hasil pekerjaan beliau, akan disimpan sehinggalah beliau dapat membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari. Hasil perniagaan yang mendatangkan untung, beliau dapat melawat Jepun untuk makan angin. Di situ, beliau mendapat idea untuk memperkenalkan Honda di Malaysia walaupun pada mulanya mendapat banyak kritikan dan tohmahan daripada masyarakat. Kini, beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini. 


3. Rozita Ibrahim

                                  Image result for rozita ibrahim
Nama : Rozita Ibrahim
Syarikat: Sendayu Tinggi Sdn.Bhd

Puan Rozita ialah usahawan yang berjaya dalam perniagaan kosmetik. Seorang yang hidup susah pada mulanya dan pernah menoreh getah sebagai sumber rezeki. Semangat kecekalan dan keazaman yang tinggi beliau berjaya mengadakan perniagaan kosmetiknya sendiri iaitu Sendayu Tinggi. Anaknya juga mengikuti jejak beliau dan menjadi antara ahli perniagaan yang jutawan iaitu Dato Shukri dengan produk D'herbs.


4. Syed Mokhtar Al-Bukhari
   


















NAMA : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
TAHUN LAHIR: 1951 
Pendidikan: SPM




Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah orang Ke 7 terkaya di Malaysia dan ke 32 terkaya di Asia Tenggara. Seorang yang tidak mempunyai ijazah tetapi mempunyai daya usaha yang tinggi yang membuatkan beliau menjadi seorang jutawan.Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Beliau seorang usahwan yang mempunyai tanggungjwab sosial yang tinngi kerana menubuhkan Yayasan al-Bukhary.